KUANTAN. 12 September 2019 bersamaan 12 Muharam 1441H – Yang Amat Mulia Pengerusi Jumaah Pemangku Raja, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada petang ini menerima mangadap oleh Tuan Yang Terutama Duta Besar Thailand ke Malaysia, Encik Narong Sasitorn.

Turut sama hadir dalam Majlis Mengadap yang diadakan di Rumah Negeri, Taman Gelora adalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak serta Ketua Polis Negeri, Dato’ Abdul Jalil Hassan.