KUALA LIPIS. 30 Oktober 2019 Bersamaan 2 Rabiulawal 1441 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berangkat mencemar duli ke Kampung Baru, Benta pagi tadi.

Keberangkatan baginda ke kampung berkenaan melawat mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang susulan kejadian kebakaran awal pagi tadi yang melibatkan 17 buah rumah didiami seramai 22 isi rumah, namun begitu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

KDYMM Al-Sultan Abdullah menzahirkan simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan berharap mereka bersabar menghadapinya. Baginda meninjau kawasan kediaman yang terbakar dan juga turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi serta sumbangan wang tunai dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berjumlah RM300 kepada 17 orang mangsa kebakaran.

Baginda berangkat ke Benta sejurus selepas menerima keberangkatan raja-raja ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-255 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Lawatan baginda ini menggambarkan keprihatinan baginda kepada rakyatnya yang ditimpa bencana.

Ziarah Mangsa Kebakaran-1 Ziarah Mangsa Kebakaran-2 Ziarah Mangsa Kebakaran-3 Ziarah Mangsa Kebakaran-4 Ziarah Mangsa Kebakaran-5 Ziarah Mangsa Kebakaran-6 Ziarah Mangsa Kebakaran-7 Ziarah Mangsa Kebakaran-8 Ziarah Mangsa Kebakaran-9 Ziarah Mangsa Kebakaran-10 Ziarah Mangsa Kebakaran-11 Ziarah Mangsa Kebakaran-12 Ziarah Mangsa Kebakaran-13