KUALA LUMPUR. 1 November 2019 Bersamaan 4 Rabiulawal 1441 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli berangkat tiba di Kuala Lumpur Performing Arts Centre, Sentul pagi tadi. Keberangkatan baginda bersempena menyaksikan konsert ‘Move Your Body To The Rhythm’ yang dianjurkan tadika cucunda baginda, Yang Mulia Tengku Adam Ibrahim Shah.

KDYMM Raja Permaisuri Agong berkenan meluangkan masa hampir dua jam bagi menyaksikan pelbagai persembahan daripada anak-anak tadika yang mengambil bahagian.

Mengiringi baginda, paduka anakanda yang juga merupakan ayahanda dan bonda cucundanya, Yang Teramat Mulia Tengku Panglima Raja Mejar Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri, Yang Mulia Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Mohammed Moiz serta anakanda puteri baginda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.Hadir Persembahan Anak-ank Tadika Cucunda-1 Hadir Persembahan Anak-ank Tadika Cucunda-2 Hadir Persembahan Anak-ank Tadika Cucunda-3 Hadir Persembahan Anak-ank Tadika Cucunda-4 Hadir Persembahan Anak-ank Tadika Cucunda-5 Hadir Persembahan Anak-ank Tadika Cucunda-6 Hadir Persembahan Anak-ank Tadika Cucunda-7 Hadir Persembahan Anak-ank Tadika Cucunda-8 Hadir Persembahan Anak-ank Tadika Cucunda-9 Hadir Persembahan Anak-ank Tadika Cucunda-10Sumber Gambar : House Of Pahang