KUALA LUMPUR. 2 November Bersamaan 5 Rabiulawal 1441 Hijrah – Perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara pasukan Johor dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj diiringi paduka anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, KDYMM Sultanah Kedah Sultanah Maliha binti Tengku Arif dan Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim.

Perlawanan berkesudahan dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menewaskan Kedah 3-0. KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan trofi kejuaraan Piala Malaysia 2019 kepada Kapten JDT Hariss Harun. Kejayaan ini merupakan kejayaan ketiga JDT dalam saingan musim ini apabila turut meraih gelaran juara Piala Sumbangsih dan dinobatkan sebagai juara Liga Super.

KDYMM Tunku Azizah Menyampaikan Piala Malaysia 2019 (1) KDYMM Tunku Azizah Menyampaikan Piala Malaysia 2019 (2) KDYMM Tunku Azizah Menyampaikan Piala Malaysia 2019 (3)

Sumber Gambar : House Of Pahang