LONDON. 4 November 2019 Bersamaan 7 Rabiulawal 1441 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi paduka adinda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal menonton perlawanan play-off kedua yang berlangsung di Stadium Hoki Lee Valley.

Perlawanan antara skuad hoki negara menentang Great Britain berkesudahan apabila tewas 5-2 dalam aksi kedua malam tadi. Kekalahan itu menyaksikan Malaysian Tigers akur secara agregat 9-3 selepas terdahulu tumpas 4-1 dalam aksi pertama kelmarin. Impian skuad hoki negara untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 berkubur selepas kali terakhir beraksi di temasya terbesar dunia itu adalah pada edisi Sydney 2000.

“We will come back stronger and we will win next time”, merupakan titah amanat KDYMM Tengku Hassanal selesai perlawanan berkenaan.We will come back stronger (1) We will come back stronger (2) We will come back stronger (3) We will come back stronger (4) We will come back stronger (5) We will come back stronger (6)

Sumber Gambar : House Of Pahang