KUANTAN. 16 November 2019 Bersamaan 19 Rabiulawal 1441 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-14 di Dewan Kompleks Sukan Universiti, UMP Kampus Gambang.

Baginda yang juga merupakan Canselor UMP dalam titahnya menasihatkan graduan UMP menggunakan ilmu dan pengalaman yang diperoleh di universiti untuk memberi manfaat kepada masyarakat serta mencari peluang bagi mencipta kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Graduan menggalas amanah dan tanggungjawab besar di bahu mereka dalam mencorakkan masa hadapan masyarakat dan negara, selain perlu menjadi warga negara yang sering menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan Malaysia,” titah baginda.

Hadir mengiringi baginda, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Naib Canselor UMP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar bin Wan Yusoff.

KDYMM Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan ucapan tahniah kepada paduka anakanda, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang baru dilantik sebagai Pro-Canselor UMP bersama-sama Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor.

Majlis konvokesyen kali ini melibatkan seramai 3,778 graduan terdiri daripada 235 graduan doktor falsafah (PhD) dan sarjana, 2,629 graduan sarjana muda dan diploma manakala 914 graduan UMP Advanced Education.

Tahun ini UMP turut memperkenalkan empat anugerah baharu bagi graduan cemerlang iaitu Anugerah Kecemerlangan Malakoff Corporation Sdn Bhd, Anugerah Kecemerlangan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Farmaseutikal) Dato’ Masjid Mohamad, Hadiah Kecemerlangan Yayasan Sabah dan Anugerah Kecemerlangan UMP Holding Sdn Bhd.Konvokesyen UMP ke-14-01 Konvokesyen UMP ke-14-02 Konvokesyen UMP ke-14-03 Konvokesyen UMP ke-14-04 Konvokesyen UMP ke-14-05 Konvokesyen UMP ke-14-06 Konvokesyen UMP ke-14-07 Konvokesyen UMP ke-14-08 Konvokesyen UMP ke-14-09 Konvokesyen UMP ke-14-10 Konvokesyen UMP ke-14-11 Konvokesyen UMP ke-14-12 Konvokesyen UMP ke-14-13 Konvokesyen UMP ke-14-14 Konvokesyen UMP ke-14-15 Konvokesyen UMP ke-14-16 Konvokesyen UMP ke-14-17 Konvokesyen UMP ke-14-18 Konvokesyen UMP ke-14-19 Konvokesyen UMP ke-14-20 Konvokesyen UMP ke-14-21 Konvokesyen UMP ke-14-22 Konvokesyen UMP ke-14-23 Konvokesyen UMP ke-14-24 Konvokesyen UMP ke-14-25 Konvokesyen UMP ke-14-26 Konvokesyen UMP ke-14-27 Konvokesyen UMP ke-14-28