Kuantan, 18 November 2019

“Jika orang datang mengucapkan tahniah, saya katakan itu bukan untuk saya seorang… itu adalah untuk Pahang yang selama ini telah mempercayai dan menggalakkan saya untuk terus memulihara industri kraf. “Saya mempunyai pasukan yang bagus dan itulah sebabnya saya katakan anugerah ini adalah untuk Pahang,” Demikian titah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika bercemar duli merasmikan Pameran Warisan Pahang di Muzium Seni Pahang di Kuantan, hari ini.

Seri Paduka Baginda Tuanku juga menzahirkan hasrat mahu melihat supaya industri tenun di Pahang, mencuba pendekatan baharu, seperti menghasilkan benang daripada daun nanas dan batang pisang serta sejenis tumbuhan dikenali sebagai ‘reed’ yang banyak terdapat di Tasik Chini, Pekan dekat sini.

Pameran ini mengumpulkan 31 pelukis dan enam jurufoto kelahiran Pahang, dimana karya mereka dipamerkan di Muzium Seni Pahang.Perasmian Warisan Pahang (1) Perasmian Warisan Pahang (2) Perasmian Warisan Pahang (3) Perasmian Warisan Pahang (4) Perasmian Warisan Pahang (5) Perasmian Warisan Pahang (6) Perasmian Warisan Pahang (7) Perasmian Warisan Pahang (8)