Putrajaya, 19 November 2019.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mempamerkan kemahiran memasak baginda kepada 2 orang chef terkenal Turki, Omur Okkor dan Alper Unluturk di Istana Melawati.

Kedua-dua chef itu sudah lama mengikuti akitiviti memasak Raja Permaisuri Agong di laman sosial media dan hari ini mereka dapat melihat sendiri kehebatan Raja Permaisuri Agong memasak.

Raja Permaisuri Agong berkenan menyediakan masakan ketam masak lemak cili api, Laksam, nasi kerabu, nasi tumpang dan puding raja.

Okkur, yang dilihat sangat menyukai ketam masak lemak cili api, meminta salah seorang Chef Istana Negara yang membantu Raja Permaisuri Agong untuk menuliskan resipi untuknya.

Okkur juga menyediakan Helva-i-Hakani untuk Raja Permaisuri Agong, iaitu sejenis manisan diraja Turki yang dibuat dari tepung, mentega, gula, badam dan susu segar.

Kongsi Resepi Dengan Chef Tersohor Turki (1) Kongsi Resepi Dengan Chef Tersohor Turki (2) Kongsi Resepi Dengan Chef Tersohor Turki (3) Kongsi Resepi Dengan Chef Tersohor Turki (4) Kongsi Resepi Dengan Chef Tersohor Turki (5) Kongsi Resepi Dengan Chef Tersohor Turki (6) Kongsi Resepi Dengan Chef Tersohor Turki (7) Kongsi Resepi Dengan Chef Tersohor Turki (8)