3 Disember 2019 Bersamaan 6 Rabiulakhir 1441 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berangkat pulang ke tanah air setelah menamatkan kursus ketenteraan.

Perkongsian perkara itu menerusi bondanya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di laman Twitter baginda.

“insha allah pd 13 dec, tamat lah kursus ketenteraan Hassanal di Royal Military Academy Sandhurst …. dan akan pulang balik Malaysia utk berkhidmat di Regiment 12 Melayu, Kuantan … alhamdulillah,” perkongsian baginda di Twitter.

KDYMM Tengku Hassanal akan ditauliahkan dalam perbarisan tamat latihan pada 13 Disember 2019. Baginda akan berangkat pulang meneruskan khidmat untuk rakyat negeri Pahang Darul Makmur setelah selesai mengerjakan ibadah Umrah dalam bulan Januari 2020.Keberangkatan Pulang KDYMM Tengku Hassanal