LONDON. 13 Disember 2019 Bersamaan 16 Rabiulakhir 1441 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Tamat Latihan paduka anakanda, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS), United Kingdom.

KDYMM Tengku Hassanal berjaya menamatkan latihan ketenteraan dan ditauliahkan selepas setahun menjalani latihan. Seramai 242 pegawai kadet dari pelbagai negara ditauliahkan pada istiadat tersebut termasuk seorang lagi pegawai kadet dari Malaysia, Muhamad Muiz Muzammil Mukhtar.

Keberangkatan tiba KDYMM Al-Sultan Abdullah disambut oleh Komandan RMAS, Mejar Jeneral Paul Nanson. Baginda yang memakai pakaian seragam tentera diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat perbarisan sambil lagu Negaraku dimainkan. Baginda lebih 40 tahun yang lepas pernah menjalani latihan di akademi itu dari tahun 1978 sehingga 1979, yang ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1980. RMAS adalah salah satu daripada akademi tentera di United Kingdom dan pusat latihan tentera British.

Istiadat perbarisan Sovereign’s Parade di Sandhurst yang dirasmikan oleh isteri Putera Edward, Sophie, Countess of Wessex sebagai mewakili Ratu Elizabeth II. Perbarisan di penghujung penggal menandakan berakhirnya latihan tentera selama 44 minggu dan menyaksikan perbarisan pegawai kadet yang telah menamatkan Commissioning Course.

Turut hadir menyaksikan perbarisan YAM paduka-paduka anakanda, kaum kerabat Diraja Pahang, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Mohamad Sadik Kethergany.

KDYMM Tengku Hassanal akan berkhidmat di Rejimen 12 Askar Melayu Diraja, Kuantan sekembalinya ke tanah air.Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (1) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (2) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (3) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (4) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (5) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (6) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (7) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (8) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (9) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (10) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (11) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (12) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (13) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (14) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (15) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (16) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (17) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (18) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (19) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (20) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (21) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (22) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (23) Majlis Tauliah Ketenteraan Pemangku Raja (24)