PEKAN. 13 Januari 2020 Bersamaan 17 Jamadilawal 1441H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli ke Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah yang merupakan ibu pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, di sini petang tadi.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang Hormat Setiausaha Majlis Ugama Islam Pahang, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain dan Pegawai-pegawai Majlis Ugama Islam Pahang. Baginda diiringi dibawa melawat ke setiap bahagian-bahagian serta diberikan penerangan berkaitan tugas-tugas yang dilaksanakan bahagian berkenaan. Sambil dibawa melawat, baginda juga turut beramah mesra bersama-sama kakitangan. Kunjungan baginda di Majlis Ugama Islam Pahang merupakan yang pertama untuk tahun 2020 ini.