BENTONG. 11 Jun 2020 Bersamaan 19 Syawal 1441 Hijrah – Kebawah Dulli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menziarahi mangsa bencana ribut di Felda Sungai Kemahal, hari ini.
Baginda yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berkesempatan bertanya khabar keadaan mangs-mangsa bencana serta berkenan mengurniakan sumbangan kepada 52 mangsa bencana bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Felda Sungai Kemahal sempena Majlis Pengurniaan Bantuan Bencana Ribut. KDYMM Pemangku Raja Pahang turut berkenan melawat ke rumah mangsa bencana yang mengalami kerosakan teruk. Keseluruhan bantuan zakat bencana dikurniakan berjumlah RM13,400.00.
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bagi tahun ini sahaja telah mengagihkan bantuan zakat bagi bencana sebanyak RM74,600.00 melibatkan 79 orang penerima di seluruh daerah negeri Pahang.
Kejadian ribut yang berlaku kira-kira jam 3.00 – 5.00 petang semalam melibatkan rumah peneroka dan bangunan awam.