KUANTAN. 30 Jun 2020 Bersamaan 8 Zulkaedah 1441 Hijrah – Keberangkatan Kebawah Duli yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bercemar duli ke Dewan Serbaguna, Bukit Goh meluangkan masa melawat mangsa bencana ribut dan mengurniakan sumbangan bantuan bencana kepada keluarga yang terlibat.

Kurniaan bantuan kepada mangsa bencana bagi meringankan beban mereka. Baginda yang prihatin atas bencana yang menimpa rakyatnya mengurniakan sumbangan peribadi dan selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, sejumlah RM9,000.00 bantuan zakat bencana dikurniakan kepada 18 ketua keluarga yang terlibat. Mangsa bencana terdiri daripada 14 keluarga dari Felda Bukit Goh. Manakala 4 penerima bantuan bencana lagi dari daerah Pekan melibatkan sebuah keluarga di Kampung Pulau Serai dan Taman Peramu Jaya serta dua keluarga dari Kampung Merchong.

Kejadian ribut di dua daerah berkenaan berlaku pada petang semalam menyebabkan beberapa buah rumah penduduk mengalami kerosakan. Namun begitu, tiada kehilangan jiwa dan kecederaan menimpa penduduk.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Kurnia Bantuan 18 Mangsa Ribut (1)

KDYMM Pemangku Raja Pahang Kurnia Bantuan 18 Mangsa Ribut (2)

KDYMM Pemangku Raja Pahang Kurnia Bantuan 18 Mangsa Ribut (3)

KDYMM Pemangku Raja Pahang Kurnia Bantuan 18 Mangsa Ribut (4)

KDYMM Pemangku Raja Pahang Kurnia Bantuan 18 Mangsa Ribut (5)

KDYMM Pemangku Raja Pahang Kurnia Bantuan 18 Mangsa Ribut (6)

KDYMM Pemangku Raja Pahang Kurnia Bantuan 18 Mangsa Ribut (7)

KDYMM Pemangku Raja Pahang Kurnia Bantuan 18 Mangsa Ribut (8)

KDYMM Pemangku Raja Pahang Kurnia Bantuan 18 Mangsa Ribut (9)

KDYMM Pemangku Raja Pahang Kurnia Bantuan 18 Mangsa Ribut (10)