MARAN. 1 Julai 2020 Bersamaan 9 Zulkaedah 1441 Hijrah – Kejadian ribut kira-kira jam 1.30 petang, Isnin lalu, menyebabkan 50 buah rumah penduduk Jengka 21 mengalami kerosakan. Prihatin atas bencana yang menimpa rakyatnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat bercemar duli bagi menyempurnakan Majlis Kurniaan Bantuan Mangsa Ribut Daerah Maran di Dewan Semai Bakti, Jengka 21, di sini, pagi tadi.

Terdahulu, baginda diiringi melawat dua buah rumah yang mengalami kerosakan teruk serta berkenan mengurniakan sumbangan peribadi dan bantuan zakat bencana dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Selesai lawatan, baginda diiringi ke dewan bagi mengurniakan sumbangan bantuan bencana kepada 48 mangsa ribut yang turut terjejas dalam kejadian bencana tersebut. Selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang, baginda berkenan mengurniakan bantuan zakat bencana berjumlah RM16,400.00 kepada mangsa-mangsa yang terlibat bagi meringankan beban mereka.

Bantuan Bencana Ribut Daerah Jengka (1)

Bantuan Bencana Ribut Daerah Jengka (2)

Bantuan Bencana Ribut Daerah Jengka (3)

Bantuan Bencana Ribut Daerah Jengka (4)

Bantuan Bencana Ribut Daerah Jengka (5)

Bantuan Bencana Ribut Daerah Jengka (6)

Bantuan Bencana Ribut Daerah Jengka (7)

Bantuan Bencana Ribut Daerah Jengka (8)