KUANTAN. 16 Julai 2020 Bersamaan 24 Zulkaedah 1441 Hijrah – Kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Ubai mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda berangkat bercemar duli melawat ke tempat kejadian bagi menziarahi mangsa serta berkenaan mengurniakan sumbangan bantuan peribadi. KDYMM Pemangku Raja Pahang yang juga merupakan Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang diiringi Yang Hormat Setiausaha, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain turut mengurniakan bantuan zakat bencana dari Majlis Ugama Islam Pahang berjumlah RM2,600.

Keprihatinan baginda memberi semangat supaya tabah dan sabar atas musibah yang menimpa serta kurniaan sumbangan dapat meringankan sedikit bebanan.

Dalam insiden kira-kira jam 3 petang tadi, rumah Puan Zaliah binti Othman hangus terbakar.