KUANTAN 27 FEBUARI 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP berkenan untuk menyantuni mangsa kebakaran, Ahmad Zakaria bin Mansor di Taman Guru, Kuantan.

Kebakaran yang berlaku disebabkan lintar pintas telah menyebabkan 90 peratus kemusnahan di bahagian rumah. Atas sifat prihatin, Baginda Tuanku telah menghulurkan bantuan zakat bencana berjumlah RM 2,000 kepada keluarga mangsa.

Turut hadir bersama adalah
Ketua Pegawai Ekskutif MUIP YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi, Yang Brs Dr Asmadi bin Abdul Rahman , Pegawai Daerah Kuantan YM. Tengku Dato’ Nor Asmaliza bt Ku Lah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba dan Timb. Ketua Polis Daerah Kuantan

Semoga mangsa dan keluarga kekal cekal dan tabah dalam menghadapi musibah ini.

tinggal-sehelai-sepinggang (1) tinggal-sehelai-sepinggang (2) tinggal-sehelai-sepinggang (3) tinggal-sehelai-sepinggang (4) tinggal-sehelai-sepinggang (5) tinggal-sehelai-sepinggang (6) tinggal-sehelai-sepinggang (7) tinggal-sehelai-sepinggang (8) tinggal-sehelai-sepinggang (9)