KUANTAN 1 MAC 2021: Dua buah rumah yang terletak di Gambang hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada jam 11.00 pagi ini. Kebakaran ini telah menyebabkan kerosakan 100 peratus dengan anggaran kerugian sebanyak RM 50,500 bagi kedua-dua buah rumah.

Kejadian yang menimpa mangsa, Zulkafli bin Ja’afar dan Roslan bin Jaafar telah mendapat perhatian KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP. Keberangkatan Baginda ke Gambang telah sedikit sebanyak meringankan beban yang dipikul oleh kedua-dua mangsa apabila Baginda telah menghulurkan bantuan zakat bencana bernilai RM 2,000 dan RM1,500.

Turut hadir bersama adalah Ketua Pegawai Ekskutif MUIP YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Timb. Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi MUIP, Yang Berusaha Dr Asmadi Bin Abdul Rahman,Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Binti Ku Lah dan Pengurus MUIP Cawangan Kuantan, Ustaz Mohd Khairuddin Bin Husin.
Semoga mangsa dan keluarga kekal cekal dan tabah dalam menghadapi musibah ini.

berputih-mata-hangus-dijilat-api-16 berputih-mata-hangus-dijilat-api-15 berputih-mata-hangus-dijilat-api-14 berputih-mata-hangus-dijilat-api-13 berputih-mata-hangus-dijilat-api-12 berputih-mata-hangus-dijilat-api-11 berputih-mata-hangus-dijilat-api-10 berputih-mata-hangus-dijilat-api-9 berputih-mata-hangus-dijilat-api-8 berputih-mata-hangus-dijilat-api-7 berputih-mata-hangus-dijilat-api-6 berputih-mata-hangus-dijilat-api-5 berputih-mata-hangus-dijilat-api-4 berputih-mata-hangus-dijilat-api-3 berputih-mata-hangus-dijilat-api-2 berputih-mata-hangus-dijilat-api-1