KUANTAN 5 MAC 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengadakan satu majlis bacaan yasin dan doa selamat bersempena ulang tahun perkahwinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong yang ke-35 bertempat di Surau Istana Abdul Aziz, Kuantan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh paduka anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH. Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain.

Semoga perkahwinan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong berkekalan dan dilimpahkan dengan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

Daulat Tuanku.

Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat (1) Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat (2) Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat (3) Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat (4) Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat (5)