KUANTAN, 5 MAC 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tareq Bin Ziyad, Kempadang Perdana hari ini.

Kebawah Duli Tuanku yang berpakaian lengkap berbaju Melayu berwarna hijau muda, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.20 tengah hari diiringi bersama Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH. Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain.

Baginda kemudiannya menyertai ratusan jemaah menghadiri solat Jumaat bersama-sama. Sebelum berangkat pulang, Kebawah Duli Tuanku mengurniakan sumbangan dari pihak MUIP kepada kanak-kanak di masjid berkenaan.

kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (1) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (2) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (3) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (4) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (5) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (6) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (7) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (8) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (9) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (10) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (11) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (12) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (13) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (14) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (15) kdymm-prp-berangkat-menunaikan-solat-jumaat (16)