KUANTAN, 28 MAC 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Di-Pertua MUIP berkenan menghulurkan sumbangan zakat bencana MUIP kepada penduduk Balok yang ditimpa bencana ribut pada Khamis lalu.

Kebawah Duli Tuanku turut diiringi bersama YBrs. Dr. Haji Asmadi bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal & Operasi) MUIP, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Bt Ku Lah, Pegawai Daerah Kuantan, Ustaz Khairudin bin Husin, Pengurus MUIP Daerah Kuantan dan YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah, Ahli Parlimen Indera Mahkota,

Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban serta seluruh keluarga mangsa tersebut kekal tabah menghadapi musibah ini.

rumah-dilanda-ribut (1) rumah-dilanda-ribut (2) rumah-dilanda-ribut (3) rumah-dilanda-ribut (4) rumah-dilanda-ribut (5) rumah-dilanda-ribut (6) rumah-dilanda-ribut (7) rumah-dilanda-ribut (8) rumah-dilanda-ribut (9) rumah-dilanda-ribut (10) rumah-dilanda-ribut (11)