KUANTAN: 27 April 2021 – Bersempena dengan keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menganjurkan Program Kurnia Kasih bersama-sama golongan asnaf di sekitar Kuantan hari ini. Lebih menggembirakan, para asnaf disantuni sendiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selaku Ketua Agama di negeri Pahang ini.

Turut berangkat KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Binti Ku Lah dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi Bin Husain.

Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah berkenan untuk mengurniakan sumbangan berupa wang tunai dan bekalan asas kepada para asnaf di beberapa buah masjid di sekitar Kuantan hari ini.Program Kurnia Kasih ini telah dianjurkan bagi meringankan sedikit beban para asnaf sepanjang bulan Ramadan ini dan sempena hari raya yang bakal kunjung tiba.

ziarah-kasih-bulan-ramadan (1) ziarah-kasih-bulan-ramadan (2) ziarah-kasih-bulan-ramadan (3) ziarah-kasih-bulan-ramadan (4) ziarah-kasih-bulan-ramadan (5) ziarah-kasih-bulan-ramadan (6)ziarah-kasih-bulan-ramadan (8)