JUMAAT, 16 JULAI 2021:KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku YDP MUIP berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. YH. Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin telah memimpin bacaan khutbah tentang ibadah qurban serta peristiwa Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di sekitar Kuantan, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah membenarkan solat Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dengan kapasiti tidak melebihi 100 orang dengan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat.
Turut hadir bersama YAM Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Timbalan YDP MUIP, YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain.
tunai-solat-jumaat (1) tunai-solat-jumaat (2) tunai-solat-jumaat (3) tunai-solat-jumaat (4)