KUANTAN, 27 JULAI 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatiddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk sesi Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Sistem Pendidikan Islam Pahang (SPIPSB) dan kurniaan sumbangan pembelian van oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada Kolej Universiti Islam Sultan Haji Ahmad Shah (KUIPSAS).

Sesi serahan zakatperniagaan dan kurniaan van kepada KUIPSAS telah dijalankan dalam satu majlis ringkas yang diketuai oleh Pusat Kutipan Zakat pada jam 4 petang. YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn Bhd. telah menyerahkan zakat peniagaan yang berjumlah RM 61,358.45 kepada Baginda selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP.

Manakala, Baginda juga telah berkenan untuk sesi Pengurniaan Pembelian Van berjumlah RM 129 ribu kepada YBrs. Prof Madya Dr Haji Zawawi BinZainal Abdin selaku Rektor KUIPSAS. Pengurniaan van tersebut bertujuan untuk memudahkan urusan kakitangan dan warga institusi tersebut yang pada masa kini sedang mengalami kekurangan kenderaan.

Majlis tersebut telah diberkati dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH. Dato’ Sri haji Dr. Abd Rahman Bin Haji Osman. Turut hadir bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, YAM Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat Pahang, YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud.

serahan-zakat-kurniaan-van (1) serahan-zakat-kurniaan-van (2) serahan-zakat-kurniaan-van (3) serahan-zakat-kurniaan-van (4)