1 SEPTEMBER 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP berkenan bagi menerima dua sesi menghadap YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail dan Ketua Pengarah Imigresen, YBhg. Dato’ Indera Khairul Dzaimee Bin Daud.

Kedua-dua sesi menghadap tersebut membincangkan berkenaan urusan dan pentadbiran di negeri Pahang. Perjumpaan yang mengambil masa selama satu jam telah diakhiri dengan sesi pemberian cenderamata kepada Baginda.

sesi-menghadap-mb-pengarah-imigresen (1) sesi-menghadap-mb-pengarah-imigresen (2) sesi-menghadap-mb-pengarah-imigresen (3) sesi-menghadap-mb-pengarah-imigresen (4) sesi-menghadap-mb-pengarah-imigresen (5)