JERANTUT, 20 April 2022 : KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang  bercemar duli menyantuni anak-anak pelajar di Madrasah Darul Uloom Al- Islamiah Sg.Salan, Jerantut hari ini.
Para pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini diraikan dalam satu majlis berbuka puasa bersama-sama Kebawah Duli Tuanku. Difahamkan, setakat ini terdapat lebih 225 orang pelajar lelaki dan perempuan yang menuntut di Madrasah ini.

Madrasah Darul Ulum Al- Islamiah Sg.Salan merupakan antara madrasah yang terawal ditubuhkan di daerah Jerantut. Ianya diasaskan oleh mudirnya iaitu Maulana Juhari Muhammad Ali al-Jenderaqi.
Dalam titahnya, Baginda menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan kesungguhan anak-anak pelajar di sini dalam mendalami ilmu agama dan Baginda mendoakan agar mereka menjadi ilmuan yang berguna dan bermanfaat buat seluruh umat.

Turut hadir bersama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Salehuddin bin Ishak,  Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, YBhg. Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP dan beberapa tetamu jemputan yang lain.

madrasah-sg-salan (2) madrasah-sg-salan (3) madrasah-sg-salan (4) madrasah-sg-salan (5) madrasah-sg-salan (6) madrasah-sg-salan (7) madrasah-sg-salan (8) madrasah-sg-salan (9) madrasah-sg-salan (10) madrasah-sg-salan (1)