Putrajaya. 9 April 2016 bersamaan 1 Rejab 1437H – Keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama-sama 606 orang peserta di Program Menjahit Batik Beramai-Ramai serentak 20 minit telah diiktiraf dan dicatat dalam Guinness World Records. Pada majlis yang sama, KDYTM Tengku Puan Pahang turut berkenan merasmikan pelancaran Pasar Kraftangan Peringkat Kebangsaan.
Program adalah anjuran bersama oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Perbadanan Putrajaya (PPj), Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK), Pusat Latihan Kraftangan Epal serta Janome Malaysia.
Turut hadir bersama isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri KPWKM dan juga wakil Guinness World Records.