Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyempurnakan perasmian Masjid Ar Rahman, Kampung Gua, Lipis pada tanggal 22 April 2016. Baginda bertiitah agar Jawatankuasa Masjid mengusahakan projek tanaman jangka masa panjang seperti kelapa sawit bagi menghasilkan sumber pendapatan untuk pengurusan masjid. Aktiviti ekonomi yang dijalankan cerminan bahawa masjid selain sebagai tempat beribadah juga dapat menjana pendapatan ahli kariah. Pengimarahan masjid dapat meluaskan fungsi dan peranannya sebagai pusat pengembangan ilmu serta budaya. Sejumlah RM40 ribu telah diagihkan kepada 200 orang asnaf.

            Baginda turut berkenan mencemar duli melawat rumah Puan Salamah binti Wahab yang telah mengalami kerosakkan teruk apabila ribut melanda Kampung Lubuk Kulit. Selain melawat rumah, baginda turut bertanya khabar beliau dan beramah mesra dengan penduduk kampung. Puan Salamah telah menduduki rumah yang dibina baharu oleh pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang dengan kos pembinaan berjumlah RM40,000.00.

Pada sebelah petang, baginda berangkat ke daerah Raub. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang bersempena dengan Majlis Perasmian Masjid Kampung Sempam Baru yang telah dimasyhurkan namanya sebagai Masjid Al-Muttaqin. Baginda telah menyampaikan RM200.00 kepada 200 orang asnaf. Pembinaan masjid ini bermula pada 15 Ogos 2013, dan telah siap sepenuhnya pada 30 November 2015 dengan kos sebanyak RM3 juta

IMG_4027 IMG_4013 IMG_3996 IMG_3970 IMG_3960 IMG_3808 IMG_3797 IMG_3627 IMG_3518