RAUB. 23 April 2016 bersamaan 15 Rejab 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang mengucapkan tahniah kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang yang telah mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Jabatan Audit Negara. Baginda bertitah demikian sempena Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang cawangan Raub. Bangunan ini juga turut menempatkan operasi Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang cawangan Raub.

          Sempena perasmian tersebut turut diadakan Karnival Usahawan Asnaf. Asnaf yang terlibat merupakan asnaf yang telah mendapat bantuan daripada pihak Majlis, antaranya bantuan peralatan, kursus dan juga modal. Perniagaan yang dijalankan oleh asnaf membantu mereka menjana pendapat ekonomi keluarga.

          KDYTM Tengku Mahkota Pahang selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis menerima penyerahan zakat daripada Pengerusi Alam Flora Sdn. Bhd. (RM500,000.00) dan juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Benta (RM20,000.00). Turut hadir di majlis perasmian YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis, EXCO Negeri Pahang, Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Pegawai dan Kakitanagn Majlis, wakil kakitangan jabatan Raub dan masyarakat sekitar. KDYTM Tengku Mahkota Pahang juga berkenan berangkat melawat pameran Majlis, Dana Wakaf Pahang dan Pusat Kutipan Zakat serta lawatan ke gerai-gerai Usahawan Asnaf.

IMG_4243 IMG_4264 IMG_4319 IMG_4581 IMG_4554 IMG_4487 IMG_4373 IMG_4337