Tanggal 27 April 2016 bersamaan 19 Rejab 1437H. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar yang juga merupakan Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia ke Pangkalan Udara Subang bagi menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Panji-Panji Skuadron.
Baginda bertitah “penganugerahan panji-panji merupakan satu penghormatan tertinggi negara kepada pasukan yang telah membuktikan kecekapan dan kejayaan cemerlang dalam melaksanakan misi memelihara keamanan tanah air. Panji-panji ini merupakan lambang kemegahan, taat setia dan pengorbanan pasukan demi agama, bangsa dan negara”.
Penganugerahan panji-panji kepada Rejimen TUDM, Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang menjalankan penugasan mencari dan menyelamat tempur (CSAR) serta penyelamatan perairan. Tugas utama No.16 Skuadron adalah memberi amaran awal atau lapor segera pengenalan kapal-kapal di perairan dan Zon Ekonomi Eksklusif. No.17 Skuadron berperanan sebagai Operational Conversion Unit (OCU) bagi melahirkan juruterbang yang dapat diaturgerak untuk melaksanakan peranan penguasaan udara dengan pesawat MiG 29N yang dapat menyempurnakan pelbagai tugas contohnya pejuang, peninjau dan penyerang maritim. No.18 Skuadron pula berperanan mempertahankan ruang angkasa Malaysia daripada dicerobohi dan skuadron ini telah mengharumkan nama Malaysia kerana banyak menyertai operasi dan latihan bersama negara asing. Manakala, No.20 Skuadron berperanan sebagai Skuadron Maritim melaksanakan operasi pengawasan maritim di kawasan perairan merangkumi keluasan Zon Ekonomi Eksklusif dan kawasan kepentingan negara.
Berangkat sama ke Majlis Istiadat, DYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom. Turut hadir Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Istiadat Penganugerahan (1) Istiadat Penganugerahan (2) Istiadat Penganugerahan (3) Istiadat Penganugerahan (4) Istiadat Penganugerahan (5) Istiadat Penganugerahan (6) Istiadat Penganugerahan (7) Istiadat Penganugerahan (8) Istiadat Penganugerahan (9) Istiadat Penganugerahan (10)