KUANTAN. 29 April 2016 bersamaan 21 Rejab 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang bersama-sama 500 orang jemaah Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota menunaikan Solat Sunat Istisqa’ setelah selesai bersolat Jumaat. Turut berjemaah bersama-sama baginda, Sahibus Samahah Mufti Pahang, YAA Hakim Mahkamah Syariah, YH KPP JAIP Bahagian Masjid serta YH Setiausaha Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Baginda menitahkan supaya diadakan Solat Sunat Istisqa’ pada setiap minggu sehingga keadaan cuaca kembali pulih seperti biasa. Baginda juga meminta agar rakyat bersabar menghadapi ujian cuaca panas, dan menasihatkan minum air kosong yang banyak untuk keperluan badan dan sentiasa berhemah menggunakan air untuk kegunaan harian.
Solat sunat dua rakat diimamkan oleh Al-Fadhil Qadhi Kuantan, Tuan Haji Ahmad Zaki bin Mat Zin memohon kepada Allah SWT agar diturunkan hujan bagi memulihkan cuaca panas yang melanda negara pada masa ini. Fenomena El Nino bukan sahaja menjejaskan manusia, malahan hidupan air, darat serta tanaman turut terkesan dengan suhu yang panas serta kekurangan air.

IMG-20160429-WA0009 IMG-20160429-WA0008 IMG-20160429-WA0003