KUALA LUMPUR. 03 Mei 2016 bersamaan 25 Rejab 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mencemar duli berangkat ke Hotel Shangri-La bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Cameron Centrum, Brinchang yang dibangunkan oleh LBS Bina Group Berhad. Projek Cameron Centrum membabitkan enam presint. Projek tersebut mempunyai komponen seperti pusat beli-belah dengan lebuh hias, outlet runcit, kondominium, banglo dan kediaman bertanah. Pembangunan projek tersebut akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan di Cameron Highlands.
Pelancaran Cameron Centrum (1) Pelancaran Cameron Centrum (2) Pelancaran Cameron Centrum (4)