PEKAN. 7 Mei 2016 bersamaan 29 Rejab 1437H – Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin diadakan bertempat di Makam Diraja Pekan sempena memperingati kemangkatan KDYMM Sultan Pahang ke-4, Almarhum Sultan Abu Bakar Ri´ayatuddin Al-Mua’adzam Shah. Keberangkatan di majlis tersebut, KDYMM Sultan Pahang, DYMM Sultanah Pahang, KDYTM Tengku Puan Pahang dan kerabat-kerabat diraja Pahang.