ROMPIN. 10 Mei 2016 bersamaan 03 Syaaban 1437H – KDYTM Tengku Puan Pahang berkenan mencemar duli ke Rompin Beach Resort bagi bersama-sama meraikan program anjuran W.I Rompin. Baginda menyempurnakan pengurniaan hadiah bagi peserta pertandingan memasak serta cenderamata kepada penaja program.