SYRIA. 11 Mei 2016 bersamaan 04 Syaaban 1437H– Pelarian Syria di Chmistar, Bekaa dan Lebanon menerima sumbangan kotak barangan makanan yang disumbangan oleh KDYTM Tengku Puan Pahang, YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa, YAM Tengku Puteri Seri Teja, YAM Tengku Puteri Seri Kemala, YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja dan YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang. Kotak sumbangan berisi barangan keperluan makanan di antaranya beras, gula, susu, minyak masak, tuna, sardin, soya beans, kacang kuda dan dal, noodles, spaghetti, teh, keju serta tisu. Seramai 120 orang keluarga pelarian menerima sumbangan yang diserahkan oleh YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang

Penyerahan Sumbangan (1) Penyerahan Sumbangan (2) Penyerahan Sumbangan (3) Penyerahan Sumbangan (4) Penyerahan Sumbangan (5) Penyerahan Sumbangan (6) Penyerahan Sumbangan (7)