KUANTAN. 16 Mei 2016 bersamaan 09 Syaaban 1437H – Keberangkatan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom mencemar duli menghadiri Majlis Santapan / Jamuan Makan Malam bersempena Istiadat Pembukaan Penggal ke-4 DUN yang ke-13. Majlis santapan berlangsung di The Zenith Hotel Kuantan.