KUANTAN. 24 Mei 2016 bersamaan 17 Syaaban 1437H – Yang Mulia Tengku Amir turut berkenan untuk sertai seawal pagi Seminar Ulama’ Pahang bagi hari kedua. Tengku Amir bersama-sama Ulama’ negeri Pahang turut serta mendengar 3 kertas pembentangan iaitu “Ulama’ dan Umara Kearah Pengukuhan agama, bangsa dan negara” yang dibentang oleh Yang Hormat Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, “Memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal jamaah” yang dibentangkan oleh Maulana Juhari bin Mohamad Ali dan “Ikhtilaf Menurut Pendekatan Wasatiyah” yang dibentangkan oleh Yang Berbahagia Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar.

Seminar Ulama’ Negeri Pahang ke-5 ini diakhiri dengan pembentangan resolusi oleh Yang Dihormat Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang dan Tengku Amir juga turut bersama-sama mendengar.