TEMERLOH. 11 Jun 2016 bersamaan 6┬áRamadan 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Tengku Puan Pahang dan rombongan diraja singgah di Masjid Baharu Temerloh untuk menunaikan solat asar berjemaah sebelum meneruskan perjalanan ke Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Yang Memerlukan di Kemayan, Bera, petang semalam.

Turut mengiringi baginda, paduka-paduka anakanda Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Islamiah dan Tugas-Tugas Khas, YB Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad, Sahibul Samahah Mufti Pahang, YH Dato’ Sri Abdul Rahman Osman dan Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali.

Tengku Mahkota dan rombongan menunaikan Solat Qasar Asar berjemaah yang diimamkan oleh Sahibul Samahah Mufti Pahang.

Baginda turut mengambil masa hampir 30 minit meninjau senibina masjid yang menelan kos pembinaannya sebanyak RM20 juta.

Penyerahan masjid tersebut oleh pihak Jabatan Kerja Raya Pahang dilakukan pada 2 Jun dan mula digunakan oleh orang ramai 3 Jun lalu.