KUANTAN. 11 Jun 2016 bersamaan 6 Ramadan 1437H – Majlis Pengurniaan Sumbangan Amal di Masjid Al-Munir, Kampung Selamat disempurnakan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj diiringi bersama anakanda YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Majlis dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Imam Masjid Al-Munir.

Program Anjuran Pertubuhan Kumpulan Perempuan atau Women Institute (WI) daerah Kuantan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang di mana seramai 100 orang penerima diraikan. Selain menerima hamper barangan makanan, pihak Majlis juga telah memperuntukkan sejumlah RM26 ribu untuk diagihkan. Duit yang disumbangkan dapat digunakan untuk perbelanjaan di bulan Ramadan serta persiapan menyambut Aidilfitri.