PEKAN. 11 Jun 2016 bersamaan 6 Ramadan 1437H – Warga Kem Rejimen 505, Sungai Miang berasa bertuah dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama-sama KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta paduka-paduka anakanda putera dan puteri, YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, YM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah berbuka puasa meraikan warga Kem dan asnaf.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang berkenan mengurniakan wang tunai dan hamper barangan makanan kepada 49 orang penerima, peruntukan yang diagihkan keseluruhannya berjumlah RM13 ribu.
Yang hadir, YDH Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan, Yang Dipertua MPK Dato’ Haji Fadzilla Haji Salleh, YB ADUN Peramu Jaya Dato’ Sri Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali, YB ADUN Sungai Lembing Dato’ Md. Sohaimi Mohamed Shah serta Panglima 4 Briged Mekanise Brigedier Jeneral Md. Din Haji Abu.
Selesai iftar, Baginda berjemaah solat Maghrib bersama-sama warga Kem dan hadirin.