KUALA LUMPUR. 18 JUN 2016- DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah bercemar duli berangkat ziarah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), disini, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di IJN disambut oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom dan Paduka Adinda Sultan Pahang, Yang Amat Mulia, Tengku Panglima Perang, Tengku Abdul Aziz ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, YH Dato Setia Raja, Yang Mulia Tengku Dato’ Ibrahim @ Alam Shah bin Tengku Abdul Ghani, YH Dato Setia Pahlawan, Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Haji Iskandar Abu Bakar bin Tengku Ali dan Tengku Setia Jaya, Yang Mulia Tunku Dato’ Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato’ Ismail.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengambil masa kira-kira 30 minit bersama Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang sebelum berangkat pulang. KDYMM Sultan Pahang berangkat bersemayam di wad IJN pada 12 Jun lalu bagi menjalani pembedahan kecil di tangan baginda. Baginda dijadual berangkat keluar pada 25 Jun.
DAULAT TUANKU. DAULAT TUANKU. DAULAT TUANKU