BERA. 18 Jun 2016 bersamaan 13 Ramadan 1437H – Yang Amat Mulia Tengku Puteri Sri Lela Manja Pahang, Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimanti Sultan Haji Ahmad Shah dan suami, Tuan Haji Azri bin Aziz turut meraikan golongan yang memerlukan dalam satu Majlis Iftar sempena Ramadhan Al-Mubarak tahun ini.
Majlis anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Bera itu diadakan di Surau Darul Falah, Taman Jati, Kerayong yang dihadiri 500 orang tetamu termasuk penerima sumbangan.139 orang asnaf dan 50 kanak-kanak yang menerima sumbangan.
Tengku Puteri Sri Lela Manja Pahang telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 139 orang asnaf dan 50 orang kanak-kanak sekitar Daerah Bera.
Turut memuliakan rombongan kerabat diraja Pahang itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Dato’ Norol Azali Sulaiman dan isteri, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan, Yang Berhormat Dato’ Fazdil Osman, Pegawai Daerah Bera, Dato’ Razihan bin Azharuddin dan Kadi Daerah Bera, Al-Fahdil Ustaz Shaari bin Abd Rahman.