LIPIS. 23 Jun 2016 bersamaan 18 Ramadhan 1437H – Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hadir meraikan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz dalam Majlis Iftar Ramadhan di Kampung Relong, Padang Tengku, dekat sini hari ini.

Terdahulu, YAM Tengku Fahd mengunjungi 10 buah rumah golongan kurang bernasib baik, tiga di Kampung Relong dan tujuh di Kampung Tempoyang bagi menyampaikan sumbangan hamper kuih raya, barangan dapur dan duit raya.

Turut hadir meraikan kehadiran putera bongsu KDYMM Sultan Pahang itu, Ahli Parlimen Lipis, YB Dato’ Haji Abdul Rahman Mohammad, ADUN Padang Tengku, YB Dato’ Mustapa Long, Pegawai Daerah Lipis, YH Dato’ Haji Ahmad Daud, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.