RAUB. 26 Jun 2016 bersamaan 21 Ramadan 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berangkat mencemar duli ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan (RuKTAA) bagi menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada 150 orang anak yatim termasuk warga emas.

Baginda diiringi Paduka anakanda, Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah. Menyambut keberangkatan baginda, Paduka kekanda, Yang Dipertua Badan Amal Kasih Sayang Malaysia (BAKASA), Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Hajjah Tengku Dato’ Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan suami, Timbalan Panglima TUDM, Leftenan Jeneral TUDM, Dato’ Sri Affendi Buang.

Turut hadir memuliakan keberangkatan Tengku Puan Pahang, Ahli Dewan Undangan Negeri Dong, YB Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab Moin, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, YB Dato’ Abdul Aziz Kiram, Pegawai Daerah Raub, YH Dato’ Khairulanuar bin Mahmood, Pengurus Besar YIA, YH Dato’ Abdul Munir Abd Basit, Setiausaha MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi Hussain, Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin tempatan.