LIPIS 27 Jun 2016 bersamaan 22 Ramadhan 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Islandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj berangkat pulang meninggalkan Daerah Lipis jam 2 petang tadi.

Seawal pagi, baginda bercemar duli menyertai program masakan bubur lambuk disusuli Majlis Tadarrus Dan Khatam Al-Quran. kedua-dua program tersebut anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Daerah Lipis yang diadakan di Masjid Syadina Ali, Kampung Tempoyang, dekat sini hari ini.

Sebelum meninggalkan daerah Lipis, Tengku Puan Pahang menunaikan solat fardu zohor bersama-sama pemimpin-pemimpin tempatan,ahli-ahli WI dan kariah masjid tersebut.┬áTurut hadir bagi memuliakan keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang ialah YB Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Haji Abdul Rahman Mohamad dan isteri Datin Nora binti Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Dato’ Mustpha Long, isteri Datin Hamizah binti Hamzah dan Pegerusi WI Daerah, Wan Norizan bin Wan Badiuzzaman.