KUANTAN 29 Jun 2016 bersamaan 24 Ramadhan 1437 H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah akan bercemar duli berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Pahang dan Majlis Iftar Ramadhan bersama rakyat di Masjid Jengka 15, esok.

custom_gallery
images not found

Turut mengiringi baginda, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandarian binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Paduka anakanda Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Pada majlis tersebut, baginda akan menyempurkan titah diraja dan mengurniakan sijil-sijil penyertaan kepada wakil-wakil belia daerah yang menyertai tadarus tahun ini.

Tengku Mahkota Pahang dijadual berangkat tiba di Masjid Jengka 15 jam 5.10 petang esok.