MARAN 30 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadhan 1437 – Puteri sulung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, mengetuai Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Anjuran bersama Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Cawangan Pahang dan Pusat Khidmat Parlimen Maran yang berlansung Al-Quran di Masjid Asy-Syakirin, Maran disini semalam.

Seramai 360 pelajar dari PPIM Cawangan Maran dan 40 orang pelajar lagi mewakili PPIM cawangan dari daerah Pekan, Temerloh, Jerantut dan Kuantan yang menyertai Tadarus dan Khatam sempena Ramadhan Al-Mubarak. Turut serta bertadarus ialah pelajar Tahfiz Sekolah Agama Al-Mahmudi, Maran. Sebaik selesai majlis khatam, turut diadakan Majlis Tahlil memperingati Al-Marhumah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tengku Hajjah Afzan Rahimahallah binti Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.

Pada majlis yang sama, YAM Tengku Puteri Lela Wangsa Pahang turut menyampaian duit zakat daripada paduka-paduka adinda beliau kepada 80 ahli PPIM, 10 orang ibu tunggal dan 10 Orang Kurang Upaya (OKU). Manakala 10 org golongan asnaf saudara baru menerima duit zakat daripada Pengerusi PPIM Cawangan Maran, Yang Berbahagia Datin Sri Dato’ Hajjah Fatimah binti Kassim.

Turut hadir dimajlis tersebut, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Haji Ismail bin Mutalib, Ahli Dewan Undangan Negeri Luit, YB Puan Nurhidayah binti Haji Mohamad Shahaimi, Pegawai Daerah Maran, YH Dato’ Syed Fuad bin Syed Tahar, Ketua-ketua Jabatan Daerah, Pengetua-Pengetua Sekolah sekitar Maran, Pergerakan Wanita dan Puteri Umno Bahagian Maran.