KUANTAN. 1 Julai 2016 bersamaan 26 Ramadan 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menunaikan¬† kewajipan, apabila baginda membayar zakat harta dan zakat fitrah di sini, hari ini.

Bayaran zakat harta baginda itu diterima oleh Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat¬† (PKZ) Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud.

Manakala zakat fitrah baginda pula diterima oleh Amil Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Ustaz Aziz bin Haji Salleh.