KUANTAN 1 Julai 2016 bersamaan 26 Ramadhan – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menerima bayaran zakat perniagaan sejumlah RM5,238,256.98 daripada sembilan Badan-Badan Korporat disini hari ini. Bayaran zakat tersebut tersebut diterima oleh Tuanku Yang Dipertua MUIP, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam satu majlis ringkas sempena Majlis Pengurnian Sumbangan Keada Golongan Yang Memerlukan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Pahang, Exco-Exco,Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan di Perkarangan Istana Abdulaziz.

Badan-Badan Korporat yang tampil membayar zakat hari ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Pengurus Besarnya, YH Dato’ Sharuddin bin Mohd Simin sebanyak RM1,370,918.07, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang di wakili Pengarah Urusan Kumpulan, Mohammed Rafidz bin Ahmad Rasiddi (RM1, 265,412.29) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad menerusi Pengerusinya, Jenderal (B) Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz bin Zainal (RM1,090,579.00). Turut berbuat demikian, Maybank Islamik Berhad, RM500,000.00, Etika Takaful Berhad RM296,000.00, Bank Islam Malaysia RM231,861.66, QSR BRAND (M) SDN BHD, RM214,760.75, Bank Muamalat Malaysia Berhad RM146,891.21 dan Celcom Exiata Berhad RM121,843.00.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato’ Sri Saffian bin Ismail, Timbalan Yang Dipertua MUIP, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Abdul Wahid bin Hassan, Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud.