KUANTAN. 5 Jun 2016 bersamaan 30 Ramadhan 1437H – Berbuka puasa bersama ahli keluarga di hari terakhir Ramadan antara saat bahagia yang ingin dikecapi semua orang, mendengar gelak tawa berkongsi cerita dengan senyuman terukir di wajah ibu bapa abg kakak adik melambangkan kuatnya kasih sayang dalam keluarga sesebuah keluarga.

Kerabat Diraja Pahang tidak terkecuali menikmati saat indah itu apabila berkumpul di Istana Mahkota untuk berbuka puasa bersama-sama dihari terakhir Ramadhan, petang tadi.

Walaupun masing-masing sibuk sepanjang Ramadan dengan peranan dan tanggungjawab kepada rakyat namun keluarga tetap menjadi keutamaan.

Tiada perkataan dapat diungkap bagi menggambarkan kebahagiaan keluarga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah apabila dapat berkumpul bersama paduka-paduka anakanda putera, puteri dan cucunda-cucunda di Istana baginda, Istana Mahkota, sebelum berbuka puasa,petang tadi.

Kebawah Duli Tuanku Sultan tampak ceria dan saling usik-mengusik mesra antara paduka-paduka anakanda,menantu, cucunda-cucunda dan sama-sama menikmati juadah berbuka puasa.