PEKAN. 6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal 1437H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom adakan ‘Istana Terbuka’ sempena aidil fitri┬ádi Dewan Mulia Istana Abu Bakar, Pekan.

Lebih 10,000 orang terdiri kaum kerabat diraja Pahang, pemimpin-pemimpin Kerajaan dan hamba rakyat jelata berpusu-pusu mengunjungi Istana Terbuka Sultan dan Tengku Mahkota Pahang yang berjalan seretak bermula jam 10.00 pagi.

Antara yang hadir, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja, Haji Adnan Yaakob, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohammad, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Dri Haji Ismail bin Mutalib dan isteri Datin Sri Dato’ Hajjah Fatimah Binti Kassim, Pengawai-pegawai kanan, pemimpin-pemimpin tempat bersama isteri masing-masing.